4 Sebab Kenapa Perlu Pasang Screen Protector

Pada sesetengah orang, screen protector adalah wajib! Ada juga yang tidak setuju, dan ada juga yang langsung tak ambil kisah. Anda di pihak yang mana? Jom ikuti artikel ini 4 Sebab Kenapa Perlu Pasang Screen Protector

Latest Updates

Monday 5 January 2015

4 Sebab Kenapa Perlu Pasang Screen Protector di Peranti Anda

Posted By: Unknown - 21:28
Screen protector atau dalam bahasa melayunya, skrin pelindung kebiasaannya menjadi aksesori tambahan yang akan anda dapat sekali bila membeli telefon pintar baru.

Bateri, pengecas telefon dan kad warranti, yang itu wajib. Kalau benda yang wajib tak dapat, sila jumpa balik penjual masing-masing! Mungkin dia lupa sebab risau anak-anak kat rumah belum makan. Hehe

Mengenai isu screen protector ini, ada TIGA PUAK UTAMA yang wujud dan memperjuangkan ideologi masing-masing. Tiga puak itu adalah seperti yang dibawah: 
  • Puak pertama: dia wajibkan semua orang pakai
  • Puak kedua: diharamkan untuk dipakai
  • Puak ketiga: dia neutral. Mahu pakai atau tidak suka hati lah 

Jadi, anda berada di puak yang mana? Saya tidak termasuk dalam mana-mana puak kerana saya ada sebab tersendiri kenapa perlu pasang dan kenapa tidak. 

Tetapi dalam artikel ini, saya akan berkongsi kenapa telefon pintar anda harus ditampal dengan sekeping plastik di atas permukaannya. Baca sampai habis dan jangan lupa tinggalkan pendapat anda juga ok!


1. Selalu letak telefon dalam poket sekali dengan kunci rumah, duit syiling, etc

Kebarangkalian sangat tinggi untuk peranti anda akan tercalar sekiranya anda jenis yang suka letak telefon beserta kunci rumah, kunci motor, pengetip kuku, duit syiling, screwdriver, spanar, pisau, parang dalam poket yang sama! 

Mahu atau tidak anda kena pasang juga skrin pelindung. Kalau tak mahu juga, cuba praktikkan poket sebelah letak telefon pintar dan sebelah lagi letak benda-benda yang lain. Barulah risiko tercalar dapat dikurangkan.

Kalau fikir-fikir balik, mesti akan ada hari yang ANDA LUPA poket belah mana yang digunakan untuk letak peranti anda. Mungkin tengah sibuk bekerja waktu itu dan banyak benda lain lagi yang perlu diingat. Jadi, apa salahnya pasang siap-siap sebagai persediaan awal, betul tak? :)

2. Selalu bagi anak buah main telefon anda


Baiknya bagi anak buah main! Mesti anda seorang yang penyayang dan berita baiknya, perempuan suka lelaki jenis macam anda. Silap hari, kuota 4 bini boleh penuh dalam sekelip mata sebab cair melihat perwatakan anda.

Ok cukup sudah mengarut. Kalau kerap bagi adik, anak jiran sebelah pegang, kena lah letak skrin pelindung sebab budak-budak ini kita tidak boleh jangka apa yang dia akan buat. Mana tahu tiba-tiba dia campaknya telefon kesayangan kita dari tingkat paling atas klcc, menangis tak berlagu nanti. MANA TAHU kan.

3. Rimas melihat cap jari pada permukaan kaca telefon anda

Ini antara sebab utama kenapa saya pakai skrin pelindung. Saya mempunyai penyakit OCD. Kalau saya nampak sesuatu yang tidak teratur, tidak kemas, SAYA PASTI akan meluangkan masa untuk membuat ia tampak kemas supaya sedap mata memandang.

Contoh, kalau saya nampak cap jari di telefon saya, saya akan sapu dan pastikan permukaannya bersih seperti keadaan asal. Keluarga saya sendiri pun tidak tahu saya ada penyakit OCD. Kalau saya berada di rumah, tempat sekeliling yang saya selalu lepak (macam ruang tengok televisyen) sentiasa berada dalam keadaan teratur.

Leceh kan? Tapi ada hikmahnya. Meja kerja, rak buku, selimut atas katil, semuanya nampak tersusun. Membantu saya untuk lebih fokus dan berfikir dengan tenang!

4. Memerlukan "moment of privacy" sewaktu menghantar pesanan ringkas

Fakta: Anda mesti ada kawan yang suka curi-curi tengok sewaktu anda sedang menaip dalam telefon

Ya! Fakta yang tidak boleh disangkal lagi.

Rasa tak selesa kan bila kita rasa macam diperhatikan waktu tengah menaip sms? Tidak kisahlah di mana anda berada pada waktu itu, di dalam bas, shopping complex, rumah, anda masih mahukan saat bersendirian untuk membalas sms orang yang penting dalam hidup anda.

Beli "privacy"screen protector, bukan screen protector yang biasa tu. Apabila telefon pintar kita dipasang oleh skrin pelindung jenis ini, hanya mata yang betul-betul menghadap permukaan telefon sahaja yang nampak apa yang tengah dilakukan. Dari sudut kiri ke, kanan ke memang nampak skrin hitam sahaja. Tengok gambar bawah untuk lebih faham!


Artikel yang akan datang, saya akan berkongsi pula dari sudut puak kedua, yang mengharamkan penggunaan skrin pelindung!

Anda ada sebab bernas yang lain kenapa perlu pasang screen protector di peranti masing-masing? Mari kongsikannya dalam ruangan komen di bawah :)

SCIENCE & TECHNOLOGY

Games & Multimedia

Copyright © 2013 ZOQ MOBILE™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.